salam buat semua... post kali ini aku menyentuh sedikit tentang perempuan... aku harap tiada pihak yang menentang penjelasan ku ini... aku mohon maaf dahulu jika apa yang akan aku tulis ini ada pihak yang tidak berpuas hati..terutama perempuan... Aku tulis ini kerana beberapa minggu yang lepas aku keluar dengan kawan2 aku 3 perempuan dan 2 lelaki... selalunya kami bincang pasal keje...entah ari tu kami boleh berdebat la pulak...isunya adalah aurat wanita...aku pelik dan hairan kenapa isu aurat ni boleh diperdebatkan...sume ni gara2 kawan pempuan aku ni start cite pasal lelaki amat mudah memijak wanita....terus beralih pada isu aurat plak....
Yang membuatkan aku terkejut adalah salah satu katanya ialah "AURAT PEREMPUAN NI BUKKANNYA PENTING SANGAT PUN...JANJI KAMI BOLEH BEBAS BERPAKAIAN..."
Terkejut aku apabila dengar dia cakap macam tu...seorang wanita islam berkata demikian........kepada siapa kita nak salahkan?? apabila dunia ni di akhir zaman macam nilah yang akan berlaku......aku bertambah terkejut apabila kedua-dua kawannya pulak menyokong apa yang dikatanya........huhuhuhuh!!!!!!! pelik...pelik.....
Dia ada cakap yang lelaki selalu merendah rendahkan perempuan dan selalu menggunakan kekerasan.....aku tak nafikan yang perempuan adalah kaum yang sangat lemah...tetapi tidak semua lelaki begitu... Perempuan dan lelaki ini sebenarnya sama pentingnya..Tiada Adam maka tiada Hawa... walaupun perempuan kaum yang lemah tapi Allah telah mengangkat darjat kaum wanita itu tinggi...maknanya lelaki tak boleh buat sesuka hatinya terhadap perempuan...jika ada yang berbuat demikian ini bermakna lelaki itu tidak faham dengan apa yang ditentukan oleh Allah....... Ada hadis menyebut seorang lelaki berjumpa Rasulullah dan bertanya "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang berhak untuk ditaati perintahnya," baginda menjawab,"Ibumu" (sebanyak 3 kali) dan pada kali keempat barulah baginda sebut ayahmu.. ini bukan bermaksud ayah itu tidak boleh dihormati akan tetapi Allah telah mengangkat darjat ibu dan wanita itu sedemikian rupa...jika nak tahu lagi perempuan yang solehah adalah 70 kali lebih baik dari seorang lelaki soleh....
Aku seorang islam dan panduanku adalah al-quran dan sunnah......aku rase jika semua ikut panduan yang betul percayalah takkan timbul isu ini....tapi kita manusia biasa...Allah lebih mengetahui apa yang dia buat....tentu ada hikmah disebalik kejadian.........-fairuz izzat-