Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Selasa, 13 Oktober 2009

Perempuan.....


salam buat semua... post kali ini aku menyentuh sedikit tentang perempuan... aku harap tiada pihak yang menentang penjelasan ku ini... aku mohon maaf dahulu jika apa yang akan aku tulis ini ada pihak yang tidak berpuas hati..terutama perempuan... Aku tulis ini kerana beberapa minggu yang lepas aku keluar dengan kawan2 aku 3 perempuan dan 2 lelaki... selalunya kami bincang pasal keje...entah ari tu kami boleh berdebat la pulak...isunya adalah aurat wanita...aku pelik dan hairan kenapa isu aurat ni boleh diperdebatkan...sume ni gara2 kawan pempuan aku ni start cite pasal lelaki amat mudah memijak wanita....terus beralih pada isu aurat plak....

Yang membuatkan aku terkejut adalah salah satu katanya ialah "AURAT PEREMPUAN NI BUKKANNYA PENTING SANGAT PUN...JANJI KAMI BOLEH BEBAS BERPAKAIAN..."

Terkejut aku apabila dengar dia cakap macam tu...seorang wanita islam berkata demikian........kepada siapa kita nak salahkan?? apabila dunia ni di akhir zaman macam nilah yang akan berlaku......aku bertambah terkejut apabila kedua-dua kawannya pulak menyokong apa yang dikatanya........huhuhuhuh!!!!!!! pelik...pelik.....


Aku ada mendengar satu hadis nabi yang berbunyi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." ... salah satu sebab kenapa perempuan lebih ramai yang menghuni neraka kerana kebanyakkan perempuan tidak dapat menjaga auratnya dengan sempurna...maaf jika aku berkata demikian tetapi ini adalah kenyataan yang harus kita semua terima..


Aku tak kata yang semua lelaki itu baik..namun ini adalah lumrah dunia yang kita tidak nampak.... ada maksud ayat al quran yang menyebut "Wahai nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaian-pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar,cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (Ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani." Surah Al-Ahzab: ayat 59-


Maksud ayat al quran di atas amat terang menyebut bahawa jagalah aurat dengan melabuhkan pakaian supaya kaum perempuan ini tidak diganggu..Seperti yang kita semua tahu banyak kes jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan sebagainya banyak berlaku kepada perempuan... mungkin salah satu sebab kenapa benda ini berlaku kerana perempuan tidak dapat menjaga pakaiannya dengan baik... aku tidak menyalahkan perempuan bulat-bulat kadang-kadang ada lelaki yang perangainya sama jahat macam iblis, tidak tahan dengan godaan nafsu yang teruk... Bagi aku mungkin dengan melabuhkan pakaian perempuan ini dapat mengurangkan kes-kes rogol dan cabul terhadap perempuan...



Dia ada cakap yang lelaki selalu merendah rendahkan perempuan dan selalu menggunakan kekerasan.....aku tak nafikan yang perempuan adalah kaum yang sangat lemah...tetapi tidak semua lelaki begitu... Perempuan dan lelaki ini sebenarnya sama pentingnya..Tiada Adam maka tiada Hawa... walaupun perempuan kaum yang lemah tapi Allah telah mengangkat darjat kaum wanita itu tinggi...maknanya lelaki tak boleh buat sesuka hatinya terhadap perempuan...jika ada yang berbuat demikian ini bermakna lelaki itu tidak faham dengan apa yang ditentukan oleh Allah....... Ada hadis menyebut seorang lelaki berjumpa Rasulullah dan bertanya "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang berhak untuk ditaati perintahnya," baginda menjawab,"Ibumu" (sebanyak 3 kali) dan pada kali keempat barulah baginda sebut ayahmu.. ini bukan bermaksud ayah itu tidak boleh dihormati akan tetapi Allah telah mengangkat darjat ibu dan wanita itu sedemikian rupa...jika nak tahu lagi perempuan yang solehah adalah 70 kali lebih baik dari seorang lelaki soleh....

Aku nak bagitahu yang sepatutnya kaum lelaki ini haruslah menjaga dan hormat serta mendidik kaum perempuan ini ke jalan yang lurus dan benar... kerana perempuan adalah anugerah Allah yang sangat indah yang harus dilindungi bukan dikasari atau dinodai...

Aku seorang islam dan panduanku adalah al-quran dan sunnah......aku rase jika semua ikut panduan yang betul percayalah takkan timbul isu ini....tapi kita manusia biasa...Allah lebih mengetahui apa yang dia buat....tentu ada hikmah disebalik kejadian.........-fairuz izzat-


2 ulasan:

Fifie Ierina berkata...

salam...

terima kasih sebab post nasihat yang sebegini baik.. saya sebagai perempuan akan cuba perbaiki lagi mana2 yang mampu secara perlahan2, insyaAllah :)

Tanpa Nama berkata...

Bagus article yang fairuz tulis ini, teruskan usaha supaya mencapai tahap yang lebih baik. Usaha tangga kejayaan,
Assalamualaikum ,PC