Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

Bentuk Perundangan Islam Dan Hukum-Hukum Allah S.W.T.. ( Bahagian 2)

HUKUMAN QISAS

1.Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumannya di dalam Quran dan hadis yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di dalam mahkamah.

2. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. membunuh dibalas dengan bunuh(nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

3.Kesalahan-kesalahan yang wajib kena hukm qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

4. Hukum membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan di balas bunuh.

Firman Allah swt:-
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh. -Surah Baqarah 178.

5. Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.


Firman Allah Taala:-

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka jga melepaskan hak membalsnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - Surah Al- Maidah 4



HUKUMAN TA'ZIR

1. Hukuman Tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman tazir dalam qanun jinayah syariyah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan Hadis.

2. Hukuman tazir adalah hukuman dera ke atas penjinayah-penjinayah yang telah disabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah itu tidak termasuk dibawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

3. Jenis atau kadar serta bentuk hukuman tazir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu, keana hukuman tazir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi-bukan untuk menyiksa mereka.

0 ulasan: