Selasa, 30 Jun 2009
Majulah Tenis Untuk Negara!!
Isnin, 29 Jun 2009
Kebesaran Azan..
Ini adalah tanda kebesaran Allah S.W.T...benda ini memang benar-benar berlaku di dunia ini..jadi pada yang melihat video ini insafla bahawa Allah S.W.T itu maha berkuasa...
Sabtu, 27 Jun 2009
Jumaat, 26 Jun 2009
Hikmah Dibalik Pengharaman Babi..
Al-Irsyad Surabaya
ssalamualaikum Wr Wb
Bismillahirrohmaani rrohiim
Al Dakwah.org- Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropa dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.
Dalam kesempatan ini, saya sitir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram. Antara lain ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?
Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.
Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.”
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu darikeduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian.
Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”
Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Yaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, bebek atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari,memberinya makan dan memperhatikan apa yang dikonsumsi oleh hewan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba. Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya.
Jersi Terbaru Manchester United untuk musim 09/10...
Dengan ini dengan rasminya aku melihat baju terbaru Manchester United dengan design yang baru dan unik...dan yang pasti aku akan cepat-cepat nak membelinya...Nampaknya Man Utd masih menggunakan penaja AIG walaupun berita mengatakan Man Utd akan mendapatkan penaja baru untuk jersinya...aku rasa la AIG ni dah kaya balik agaknya.. Tak dapat Tony Fernandez nak merasa AIR ASIA tertulis di jersi Man Utd...Walau apa pun...GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!!
Untuk beli baju baru Man Utd disini
H1N1 atau SELSEMA BABI??
Satu menteri kata "H1N1!!"..Satu lagi menteri kata "Selsema Babi!!".. Mana mau pakai daa?? Yang penting sekarang penyakit ni dah semakin teruk di malaysia.. Walaupun kadar kematian manusia kurang dari penyakit selsema burung yang pasti langkah berjaga-jaga perlu ada... YB Rais Yatim berkata istilah selsema babi itu lebih tepat digunakan bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya penyakit tersebut.. bagi aku memang betul ape yang dia kata...dulu waktu selsema burung melanda kenapa tak diubah perkataan burung itu?? H1N2 ke atau ape-apelah...sebab aku bukan pandai sangat bab ayat-ayat sains ni...lagipun ini tidak memberi sebarang keadilan pada si burung...hehehe..YB Liow Tiong Lai menteri kesihatan pula mahukan perkataan H1N1...demi menjaga nama baik binatang tu ke?? YB Rais Yatim adalah menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan..aku rasa lepas ni tentu banyak media akan menggunakan istilah "Selsema Babi" sebab otai dia dah suruh pakai istilah itu...
Lagi berita H1N1 atau Selsema Babi disini..
Michael Jackson : Keunggulan dan Kontroversi
Selasa, 23 Jun 2009
Apa Akan Jadi Pada PPSMI??
Awal bulan julai nanti keputusan kajian terhadap PPSMI akan dibuat kata Tan Sri Muhyiddin Yassin..Hari aku dapat berita dari malaysiakini bahawa satu kajian telah dibuat oleh PEMBINA (Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional) dan lapan institusi pengajian tinggi tempatan.. Dalam kajian itu menyatakan ramai guru lagi yang belum mampu mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris... Ape dah jadi ni?? Cikgu sendiri tak mampu mengajar dalam bahasa inggeris... Kerajaan tidak mengkaji dulu ke sebelum PPSMI ini dibuat dulu...hmm...Mungkin ini salah satu dari kesilapan kerajaan... Pendapat aku menyatakan bahawa anak-anak di bandar mungkin lebih pandai dalam bahasa inggeris kerana mereka hidup dalam keadaan moden di sekeliling... Bagaimana pula diluar bandar?? Di Pedalaman Sabah Dan Sarawak?? aku percaya bahawa mereka pasti tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik, apatah lagi sains dan matematik dalam bahasa inggeris... Anak buah aku akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini dan anak buah aku memberitahu aku bahawa di sekolah cikgunya terpaksa mengajar sains dan matematik dalam bahasa melayu walaupun PPSMI masih dijalankan..ini kerana ramai pelajar yang tidak faham jika diajar dalam bahasa inggeris... Kawan aku pula beritahu bahawa pada asalnya dia diajar bahasa melayu dalam matematik dan sains ketika tingkatan 2...Masuk tingkatan 3 kerajaan telah membuat PPSMI dan semuanya berubah..dia sudah mula tidak faham belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris kerana bahasa inggerisnya lemah... Jika sudah lemah ditambah lagi maka lemahlah lagi dia.... Ramai berpendapat bahawa PPSMI tidak perlu dibuat tapi melebihkan pembelajaran bahasa inggeris di dalam kelas jika mahu semua pelajar dapat menguatkan lagi mutu bahasa inggeris... Aku sokong 100% bahawa PPSMI bukan untuk menguatkan bahasa inggeris terhadap pelajar tetapi melemahkan pelajar terhadap subjek matematik dan sains.. Banyak hasil kajian yang dibuat oleh PEMBINA dan korang boleh tengok disini...
The Mole People
Perkara yang disembunyikan daripada umum ini dibongkar oleh salah seorang pekerja NASA yang beranggapan situasi ini terlalu besar untuk disimpan. Namun, perungkaian yang dilakukan telah menimbulkan ragu-ragu kepada banyak pihak. Terdapat juga Ulama' islam yang percaya bahawa makhluk tersebut adalah yakjuj makjuj yang akan muncul pada akhir zaman untuk merosakkan bumi. Hipotesis ini telah ditentang hebat sebahagian lagi Ulama' dengan menyatakan telah tertulis dalam Al-Quran bahawa yakjuj makjuj hanya akan wujud di sebuah pulau bernama Caucassian, aku pun tak pasti sebab aku memang kurang arif bab-bab agama.
Isnin, 22 Jun 2009
Manchester United Pada Musim 09/10..
Persoalannya..mampukah Man Utd merangkul sebarang kejuaraan pada musim 09/10 nanti selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo Dan Carlos Tevez... Seperti sedia maklum bahawa Ronaldo telah berhijrah ke Real Madrid dengan jumlah perpindahan terbesar dunia setakat ini... Pada pandangan aku mungkin Man Utd hilang seri pada musim hadapan kerana 2 pemain terhebat dunia telah meninggalkan Man Utd...Kes Tevez pula nampak tidak berjaya diselesaikan oleh Ferguson setelah Tevez memberitahu bahawa dia tetap akan meninggalkan M
an Utd ketika masalah pinjaman Tevez tidak dapat diselesaikan....Tevez mungkin akan menyertai Chelsea atau Manchester City selepas kedua-dua kelab itu berminat mengambil khidmat Tevez dan sanggup membelanjakan wang yang besar untuknya...Real Madrid telah membelanjakan wangnya sebanyak 80 juta euro (AS$131 Juta) untuk mendapatkan khidmat Ronaldo... Aku peminat setia Man Utd dan aku harap Manchester United mampu merangkul lebih banyak kejuaraan pada musim-musim akan datang.... Terima Kasih buat Tevez dan Ronaldo...