Salam,
Pernah tak anda semua dengar perkataan "The Mole People"..? Kalau pernah, apa tu mole people? Semua orang tahu Mole bermaksud tahi lalat, dan People membawa maksud orang. Tetapi adakah Mole People membawa erti Orang Bertahi Lalat? Jika benar pun, apa yang nak dihairankan kerana hampir semua orang di muka bumi ini mempunyai tahi lalat. Isu ini pernah wujud dan menggemparkan dunia suatu ketika dahulu, namun aku tak pasti tahun bila yang pasti sejak dunia memasuki era globalisasi.
Ironinya, Mole People adalah sejenis makhluk atau manusia primitif yang dipercayai wujud sehingga kini. Ya, zaman moden ini.
Dikatakan pada suatu ketika pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) menjalankan kajian mereka tentang tanah di muka dan teras bumi dengan tujuan membandingkan tanah di bumi dengan planet-planet lain.
Selepas mengorek kawasan di sekitar New York, Amerika Syarikat, anggaran 20 batu dari muka bumi, mereka mendakwa pihak mereka menemui satu petempatan di mana di kawasan tersebut didiami sejenis makhluk yang tingginya 8-10 kaki, mempunyai kaki seperti itik (webbed) dan kuku besar mereka bertindak sebagai jari, kulit mereka sangat tebal dan keras agar dapat menangkis rasa panas berada di perut bumi. NASA juga mendakwa terdapat satu bentuk komunikasi dan interaksi antara mereka dengan menggunakan bahasa Navajo lama. Namun, kehidupan mereka tidak ubah seperti masyarakat manusia yang berada di "atas"nya. Maksudnya mereka turut bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti menghasilkan makanan.
Pihak NASA juga mendakwa masyarakat yang ditemui tersebut sebagai masyarakat yang peramah. Salah seorang daripada mereka (pekerja NASA) telah memberikan sebiji buah bekalannya kepada Mole People tersebut dan mereka melonjak keriangan sehinggalah satu ketika salah seorang daripada mereka (pekerja NASA) menyalakan api lighter dan terus dikecam dan diserang Mole People tersebut.
Perkara yang disembunyikan daripada umum ini dibongkar oleh salah seorang pekerja NASA yang beranggapan situasi ini terlalu besar untuk disimpan. Namun, perungkaian yang dilakukan telah menimbulkan ragu-ragu kepada banyak pihak. Terdapat juga Ulama' islam yang percaya bahawa makhluk tersebut adalah yakjuj makjuj yang akan muncul pada akhir zaman untuk merosakkan bumi. Hipotesis ini telah ditentang hebat sebahagian lagi Ulama' dengan menyatakan telah tertulis dalam Al-Quran bahawa yakjuj makjuj hanya akan wujud di sebuah pulau bernama Caucassian, aku pun tak pasti sebab aku memang kurang arif bab-bab agama.
Menurut seorang professor di Yale University, Mole People yang dimaksudkan bukanlah satu makhluk yang menggerunkan atau makhluk selain manusia sebaliknya adalah golongan papa kedana yang terpinggir di New York dan memilih untuk tinggal di bawah tanah. Persoalannya, jika mereka terdiri dalam kalangan manusia, mengapa ciri-ciri Mole People yang didakwa NASA tidak sedikit pun menyerupai fizikal manusia melainkan gaya hidup mereka? Adakah dengan tinggal di bawah tanah boleh mengubah fizikal seseorang? Aku pun tak pasti..
Tidak kurang juga negara-negara lain yang mendakwa Mole People adalah pengintip Amerika Syarikat yang mahu menjalankan dasar imperialis di negara-negara Asia.
Such a lame excuses, pada aku secara logiknya pada era globalisasi, kebanyakkan pemimpin negara berebut-rebut untuk memajukan negara masing-masing, IMPERIALISME hanya akan meruntuhkan ekonomi dunia dan yang kedua, mengapa pula NASA mahu menghebahkan tentang rahsia negara mereka? Adakah kerana misi intipan mereka gagal? Come on, negara yang terkenal dengan keegoan takkan nak bongkarkan kesilapan sendiri kan?
Persoalannya, jika wujud Mole People ni, siapakah mereka dan mengapa mereka mendiami kawasan di bawah tanah? Dan secara umumnya, adakah kewujudan mereka ada kaitan dengan hasil perut bumi seperti petroleum dan uranium?
Siapa Mole People ni..? Adakah ia benar-benar wujud? Atau sekadar mitos yang digembar-gemburkan Amerika? Jika ya, apa motif Amerika melakukan sedemikian?
Tepuk dada, tanyalah diri..
Wallahu'alam..
5 ulasan:
tipoo jek tu sume..tau2 jek r org amerika..suke wat cite yg bkn2..kan kt dunie nie juz de manusia,jin and setan..dah mcm cite harry potter plak kn..
haha,btol gak..tp jgn menolak kwujudan makhluk-makhluk lain eg. kaum maya yg pernah hilg satu ketika dulu n xwjud2 smpi skrg n ke mana ghaibnya makhluk2 y lintas d bermuda triangle??
mole dalam konteks berita ni bukan bermaksud tahi lalat la saudara.. tetapi merujuk kepada tikus mondok.. sejenis tikus yang hidup di bawah tanah.. tq
tp dlm quran ada Allah sebut tiap lapis bumi dan langit ada penghuninya...
tp dlm quran ada Allah sebut tiap lapis bumi dan langit ada penghuninya...
Catat Ulasan