Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Selasa, 30 Jun 2009

Majulah Tenis Untuk Negara!!




Salam,



Akhirnya aku dapat juga idea nak buat entri pasal apa. Tengok berita tak semalam?



ATP Malaysia Open. For the first time selepas beberapa tahun negara kita diberi kepercayaan untuk menganjurkan salah satu sukan terkaya dunia, TENIS. Jadi aku sebagai peminat tenis rasa sangat gembira atas penganjuran ini. Harap-harap dapat pergi tengok.



Sukan tenis ni kurang mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenapa ya? Aku pun tak pasti kenapa tapi secara tak langsung, kesan kurang pendedahan ni akan menimbus segala peluang dalam memajukan ekonomi negara melalui sukan ni. Kalau kita perhatikan, bola sepak lebih mendapat tempat dalam kalangan rakyat kita. Kenapa pulak ya? Hipotesis yang dapat aku buat adalah mudah :



1. Bola sepak boleh dimain di mana-mana (tepi jalan, permukaan tar, tanah merah dan banyak lagi berbanding tenis yang hanya boleh dimain di atas gelanggang dan permukaan tertentu)



2. Kos bermain bola sepak yang murah (bola kedai RM2 pun boleh dapat bro, tenis? Raket je dah hampir RM100, belum termasuk bola dengan sewa gelanggang)



3. Kurang pendedahan oleh semua pihak (terutama masyarakat melayu yang gemar generasinya bermain bola sepak tapi dia orang tak tahu pun tentang sejarah bola sepak)


Ok, tu je inferensnya, bercakap pula mengenai sejarah, jom kita sama-sama merungkai tentang sejarah dan perihal sukan tenis ini.
(Bola sepak tu saja nak menambah)


Sukan tenis mula dimainkan oleh seorang bangsawan terkenal Perancis pada tahun 1300. Nama bangsawan tu aku tak ingat pulak. Namun, tenis era moden mula dimainkan pada tahun 1859 yang diperkenalkan oleh bangsawan Perancis juga, Augurio Perera dan rakannya Sir Major Harry Gem. Sejak daripada tu, sukan ini hanya menjadi sukan persembahan diraja England dan pertandingannya dijalankan hanyalah antara kerabat diraja dan bangsawan. Lama-kelamaan ia mula diterima orang ramai dan sehingga wujud International Tennis Federation (ITF), Women Tennis Asscociation (WTA) dan Association of Tennis Professional (ATP) dalam era terbuka.




Buat masa ni yang aku tahu, Malaysia hanya ada 2 orang pemain tenis wanita yang ada potensi, kalau tak silap, Juwairiyah Noordin dan seorang pemain China, aku tak ingat pulak nama dia. Tapi pun tak tahu mana dia orang ni. Lagipun takkan kita nak harapkan dia je kan? Takkan sampai dia dah bercicit masih nak main tenis?




Persoalannya, mampukah negara kita melahirkan jaguh tenis dunia seperti Roger Federer, Justine Henin, Rafael Nadal, Maria Sharapova atau paling kurang pun Anna Kournikova?




Entahlah..buat masa ni bayang-bayang pun takde..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thats why laa ramai x mnat tenis..bek men bola..lg bez..

irsyad aziz berkata...

2 la..smpai bakat2 tenis yg ade kt m'sia ni pn dbzirkn,mnela tau kn diorg leh hrumkn nme ngra kelak..bola sepak m'sia pn,bgos sgt ke?..keh3..