Pada 26hb Jun 2009, dunia digemparkan dengan pemergian seorang lagenda pop dunia Michael Jackson. Pemergiannya dianggap satu kehilangan besar oleh sebahagian penggiat dan peminat seni di persada antarabangsa. Aku turut terkejut mendengar berita kematiannya, nampaknya rancangan beliau untuk buat konsert jelajah di seluruh dunia sekadar rancangan yang disangkal oleh kematian.
Dia yang popular dengan lagu seperti You Are Not Alone, Billie Jean, Beat it, meninggalkan dua orang anak Prince Michael dan Paris Michael hasil perkahwinannya dengan Debbie Rowe. Selain penggunaan vokal whisper (Aku pernah jugak cuba nak buat tapi tak pernah jadi), Michael terkenal dengan teknik tarian yang unik iaitu tarian robot dan Moonwalking.
Hasil penjualan Albumnya yang ke-7 kalau tak silap aku yang berjudul Thriller (rasanya tahun 1982). Album tersebut terjual sebanyak 104 juta unit di seluruh dunia telah menjadikannya penyanyi paling laris ketika eranya dan ketiga keseluruhan dibawah Mariah Carey dan Madonna. Hasilnya, wujudlah tempat tinggalnya yang dipanggil Neverland yang mempunyai taman tema dan zoo persendirian. Ramai juga kanak-kanak yang kurang bernasib baik pergi sana. At first aku teringin jugak nak ke sana tapi pada tahun 2003, timbul pula kes die mencabul seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun. Hilang selera aku nak ke sana.
Tapi selepas menghadapi perbicaraan selama 2 tahun selepas kes tersebut difailkan, dia didapati tidak bersalah.
Ermm..Kalau tak silap, november tahun lepas, gempar seluruh dunia mengatakan Michael telah memeluk agama Islam di rumah rakannya Steve Percaro (kalau tak silap la). Namun, berita ini kurang dipercayai kerana yang memeluk Islam adalah Michael Jackson sedangkan kita patut mengucap syukur. Oh, lupa pula..nama islamnya adalah Mikail (sempena nama malaikat pemberi rezeki).
Namun, selepas beberapa lama dia memeluk islam, perangainya bertambah pelik ; memakai purdah ketika bersiar-siar di luar?
Sedangkan haram untuk seorang lelaki memakai pakaian wanita. Takkan la ketika proses memeluk Islam dia tak diajar sedangkan ketika itu salah seorang gurunya ialah Yusuf Islam. Isu yang aku nak bangkitkan di sini adalah, adakah benar dia seorang islam? Bagaimana proses pengebumiannya? Adakah berlandaskan Islam? Jika benar dia seorang Islam, Alhamdulillah..dan Al-Fatihah untuknya. Namun jika tidak? Tidakkah kita sesama Islam terasa bahawa perbuatannya itu mencemarkan kesucian Islam?
Tepuk dada, tanyalah Iman..
Wallahu'alam..
3 ulasan:
dia pakai purdah tu sebab nk tutup muka dia yang dah rosak dan mula jatuh sampai terpaksa tampal dengan pelekat
haiyohhh
tu pu tataw ka
die kn de knser kulit..tu yg kne ttup kot..sian die..islam or x tu tuhan jek tau..sape laa kite nk prsoal kn sume tu kan..
purdah - pakaian wanita = lelaki haram memakainya.
no offense ya..mcm2 cara lain kn die leh wat tok ttop muka die..
but the important thing is,die da mninggal..doakn je yg tbaek utk die, al-fatihah..
Catat Ulasan