Awal bulan julai nanti keputusan kajian terhadap PPSMI akan dibuat kata Tan Sri Muhyiddin Yassin..Hari aku dapat berita dari malaysiakini bahawa satu kajian telah dibuat oleh PEMBINA (Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional) dan lapan institusi pengajian tinggi tempatan.. Dalam kajian itu menyatakan ramai guru lagi yang belum mampu mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris... Ape dah jadi ni?? Cikgu sendiri tak mampu mengajar dalam bahasa inggeris... Kerajaan tidak mengkaji dulu ke sebelum PPSMI ini dibuat dulu...hmm...Mungkin ini salah satu dari kesilapan kerajaan... Pendapat aku menyatakan bahawa anak-anak di bandar mungkin lebih pandai dalam bahasa inggeris kerana mereka hidup dalam keadaan moden di sekeliling... Bagaimana pula diluar bandar?? Di Pedalaman Sabah Dan Sarawak?? aku percaya bahawa mereka pasti tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik, apatah lagi sains dan matematik dalam bahasa inggeris... Anak buah aku akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini dan anak buah aku memberitahu aku bahawa di sekolah cikgunya terpaksa mengajar sains dan matematik dalam bahasa melayu walaupun PPSMI masih dijalankan..ini kerana ramai pelajar yang tidak faham jika diajar dalam bahasa inggeris... Kawan aku pula beritahu bahawa pada asalnya dia diajar bahasa melayu dalam matematik dan sains ketika tingkatan 2...Masuk tingkatan 3 kerajaan telah membuat PPSMI dan semuanya berubah..dia sudah mula tidak faham belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris kerana bahasa inggerisnya lemah... Jika sudah lemah ditambah lagi maka lemahlah lagi dia.... Ramai berpendapat bahawa PPSMI tidak perlu dibuat tapi melebihkan pembelajaran bahasa inggeris di dalam kelas jika mahu semua pelajar dapat menguatkan lagi mutu bahasa inggeris... Aku sokong 100% bahawa PPSMI bukan untuk menguatkan bahasa inggeris terhadap pelajar tetapi melemahkan pelajar terhadap subjek matematik dan sains.. Banyak hasil kajian yang dibuat oleh PEMBINA dan korang boleh tengok disini...
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
3 bulan yang lalu
2 ulasan:
eemm..tp kn blaja sains and math in bi pon bgos gak..kt u nnt pon kite blaja in bi..nape x de sape2 kcoh..sbnar nye pcuk pngkal brgntung pd diri msing2..klau kite rjin blja x kira laa blaja dlm bi o bm bole brjaya gak laa..dlu time skola cikgu aku ajr math dlm bm tp dak2 still ggal gak...so skunk bhasa bkn pnghalang..plajar tu sndri kna rjin brusaha..
memang bagus belajar bi ..tapi kite tidak boleh samekan diantara pelajar u dgn pelajar sekolah...bkankah pelajar u hanya yang terpilih sahaje..satu contoh dulu ada 10 bdak disekolah blajar math dan sains dlm bahasa malaysia dan 5 lulus dan 5 lagi gagal..sekarang apabila bahasa itu diubah 9 gagal 1 lulus..bkankah bahasa itu juge satu penghalang...dan 1 pelajar itu sahaja yang dapat masuk u..benda ni memang benar berlaku..
Catat Ulasan