Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Rabu, 1 Julai 2009

Hedonisme : Remaja di Malaysia.







Salam,




Ermm.."Hedonisme"? Pernah dengar tak perkataan tu? Kalau tak pernah hari ni korang akan belajar istilah baru. Perkataan Hedonisme ini diadaptasi daripada perkataan bahasa Inggeris Hedonism yang membawa maksud fahaman atau fenomena yang mementingkan kesukaan, kemewahan dan kepentingan material dan menolak bulat-bulat unsur agama dan adab tatasusila dalam hidup. Ini bermaksud budaya lepak, vandalisme, amalan seks songsang dan pelbagai masalah sosial ain adalah dibawah lembayung budaya Hedonisme.




Jika dikaji dari sudut sejarah, dari sumber yang aku dapat, budaya Hedonisme ini wujud selepas zaman kerajaan Ratu Victoria. Ketika era pemerintahan beliau, memang tidak dinafikan beliau seorang yang mementingkan adab dan agama, oleh itu, beliau berjaya menjalankan pemerintahan dengan baik. Pelbagai peraturan yang dilaksanakan agar dapat menjaga nama baiknya seperti hak dan maruah wanita serta larangan seks bebas. (Baguskan dapat pemerintah macam ni?) Meskipun beliau beragama Kristian tetapi jika dikaji secara konsep adab, agama mana yang mengajar penganutnya melakukan dosa?




Tapi, selepas berakhir era Ratu Victoria, penggantinya membuat onar dengan memansuhkan segala larangan yang telah ditetapkan sehingga wujudnya amalan seks bebas sehingga melahirkan anak luar nikah, hiburan melampau, pergaulan bebas serta penganjuran pesta seks besar-besaran dan amalan ini menular sehingga zaman sekarang dan yang menyedihkan aku penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi di Malaysia.




Kehadiran budaya ini di Malaysia ibarat datang tak dijemput, tetapi apabila hendak dihalau, golongan remaja kita pula ibarat mempertahankannya. (Pandai pula aku buat kiasan baru). Kenapa aku cakap macam tu? Tengok je penyakit sosial di negara kita ni yang dilakukan oleh golongan remaja berapa banyak? Paling menyedihkan anak-anak melayu yang sepatutnya jadi bakal pemimpin negara menguasai peratusan penyebab penyakit sosial ini.




Agak-agak la kan apa faktor yang menyebabkan berleluasanya gejala sosial ni? Pada pandangan aku la kan, kurang didikan daripada ibu bapa pun ye. Bukan nak salahkan mak dengan ayah, jauh sekali, tapi aku rasa didikan ibu bapa ni satu agen yang penting dalam pembangunan minda anak-anak. Kalau kita tengok sekarang ni pun kebanyakkan ibu bapa kerja pagi, balik pula petang, ada yang lagi teruk malam baru balik. Bila balik anak-anak dah tidur, dah tiada masa untuk bersama. Anak-anak pula bila ibu bapa dah tak kawal, dia guna pula nafsu dia untuk buat macam-macam masalah sosial, tapi tak semua, tapi remaja yang baik sekarang ni tinggal sikit je berbanding yang bermasalah. Setuju tak?




Aku rasa budak-budak ni pun kurang didikan dari aspek keagamaan. Hal ni berkait dengan peranan ibu bapa kan? Didikan agama amat penting dalam menjalani kehidupan, orang yang tak ikut suruhan agama ni sama dengan orang-orang mulhid (orang yang tiada agama) sebab mereka tak mengamalkan apa-apa kepercayaan dan tiada panduan hidup. Bila dah macam tu, nafsu pun dah mengatasi akal dan macam-macam boleh berlaku. Ingatlah bahawa agama kita melarang dari melakukan perkara yang lagha (perkara sia-sia).




Tapi yang paling utama adalah diri remaja itu sendiri. Wahai sekalian remaja Malaysia, bacalah firman Allah S.W.T ni :




"Dan tidaklah dinamakan kehidupan dunia melainkan ianya permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan ; sesungguhnya akhirat itu adalah negeri yang lebih baik bagi orang yang bertakwa"




Al-An'am ayat 32.




Kesimpulan dari ayat tersebut dah menerangkan bahawa kehidupan di dunia adalah sesuatu yang tidak berfaedah (bukan semua). Sebab tu Allah bagi kita akal untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Nafsu pula kalau kita pandai memanipulasikannya menggunakan akal, aku rasa tiada sebab kenapa nafsu tak boleh ditumpaskan.




Aku buat entri ni sebab bimbang dengan masa depan negara kalau bakal pemimpin (remaja zaman sekarang) berpegang teguh kepada budaya Hedonisme, seharusnya kan pihak bertanggungjawab seperti kerajaan, NGO dan banyak lagi boleh menggembleng tenaga mengatasi masalah ini, bimbang nanti wujud pula budaya Nudnisme (budaya telanjang di luar) di Malaysia.




Fikir-fikirkanlah..




Bagus denda buat mcm ni jer kat bdk2 skolah yang degil..
hahaha!!





2 ulasan:

AMOI KUSUT berkata...

kart k0 lah..
k0 kn mls wat assgmnt!

Tanpa Nama berkata...

slm .. jika tidak keberatan .. bole awk berkongsi dgn saya . . berkaitan dari mana reference yg awk dpt dari artikel yg awk post kn nie ..
maksud saya berkaitan history .. .lebih2 lagi jika awk ad buku dan nama penulisnya . supaya saya mudah perolehnya .. terima kasih ..