Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Khamis, 23 Julai 2009

Misteri Lukisan THE CRYING BOY..



Salam buat semua... Post kali ni aku nak bercerita tentang benda yang seram pulak... Mungkin ada yang dah pernah dengar cite ini.. Nak join baca pun boleh.. Hmm pernah dengar tak Misteri Lukisan Crying Boy?? Lukisan ini dilukis oleh seorang pelukis Spain iatu Bruno Amadio yang juga turut dikenali sebagai Bragolin yang amat terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1980an.. Bruno juga turut dikenali sebagai Franchot Seville,Giovani Bragolin dan J.Bragolin..namun tiada siapa yang mengesahkan bahawa Bruno Amadio adalah pelukis asal lukisan ini.. Ada yang mengatakan lukisan ini dilukis oleh lelaki yang tidak diketahui dan misteri..

Lukisan yang telah dilukis dalam pelbagai versi ini menggambarkan seorang budak lelaki yang sedang menangis sambil memandang tepat ke hadapan.. Ada yang mempercayai lukisan ini disumpah.. Sekarang lukisan ini dipercayai seringkali menyebabkan kebakaran pada setiap rumah yang memilikinya..

Cerita mengenai lukisan misteri ini adalah menakutkan sepertimana keadaan lukisannya.. Cerita ini bermula sekitar tahun 1985 bila beberapa kejadian kebakaran berlaku sekitar England.. Di dalam setiap sisa-sisa runtuhan akibat kebakaran, yang hanya ditemui ialah lukisan ini dalam keadaan yang elok dan langsung tak berusik.. Lukisan budak lelaki yang sedang menangis dengan air mata mengalir di atas pipinya ini sering ditemui di setiap rumah yang berlaku kebakaran..

Laporan berita mengenai kebakaran..

Sama ada ia benar atau tak, seorang ahli bomba bernama Yorkshire merasa sangat sedih dalam perbualannya dengan akhbar Sun di England.. Dalam ceritanya, dia mengatakan semua harta benda hancur musnah didalam setiap kebakaran kecuali lukisan budak lelaki misteri itu. Ketika kebakaran, lukisan itu terdapat di setiap rumah yang mengalami kebakaran dan keadaan setiap rumah terbakar adalah sama sahaja.. Malah tidak ada tanda-tanda kebakaran langsung terdapat pada lukisan tersebut..

Pihak akhbar kemudiannya menerima panggilan telefon daripada penduduk di sekitar kawasan kebakaran itu.. Para penduduk melaporkan mereka juga mengalami kejadian yang sama..

Seorang penduduk bernama Dora Mann Mitcham telah membuat panggilan telefon ke akhbar Sun dan mengatakan hanya selama 6 bulan dia memiliki lukisan misteri itu, rumahnya telah terbakar dan semua lukisan dirumahnya hangus terbakar kecuali lukisan misteri itu.. Setelah sebulan mendengar misteri lukisan itu, pihak akhbar Sun telah mengarahkan para penduduk untuk membawa lukisan-lukisan tersebut dan mereka bersetuju untuk membakar kesemua lukisan tersebut untuk menyelamatkan mereka daripada sumpahan lukisan tersebut.. Selepas kesemuanya dibakar semua penduduk berasa tenang kerana kejadian itu tidak berlaku lagi..

Walaubagaimanapun, kejadian itu dikatakan telah kembali berlak. Terdapat laporan mengatakan lukisan misteri itu ditemui disebuah rumah usang yang tidak berusik sejak tahun 1985 hingga tahun 1988..

Tiada siapa yang mengetahui dan pasti siapa yang telah melukis lukisan misteri ini dan dari mana dia mendapat idea untuk melukisnya.. Pelbagai khabar angin dan cerita masih kedengaran di merata tempat.. Maknanya nak beli lukisan tu hati-hatila..

Sekian..

Comel..

Salah seorang mangsa kebakaran akibat lukisan misteri itu..

2 ulasan:

AMOI KUSUT berkata...

kiuwt lah dak yg kart dlm lukisan 2..
tp takut lah..
berhan..
k0 smbg r sndiri..

fairuz_izzat berkata...

BERHAN....TU..