Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Isnin, 6 Julai 2009

Ada Apa dengan Thailand?



Salam,

Hari ini aku ada satu cerita yang menarik untuk diceritakan, cerita ini disampaikan oleh salah seorang guru aku di sekolah. Hal ini berkaitan dengan negara jiran kita, Thailand yang kini dilanda pelbagai masalah dari sudut politik terutamanya. Disamping itu, tidak lupa juga dengan masalah penindasan masyarakat Islam di kawasan selatan negara gajah putih itu sendiri.

Negara yang terkenal dengan "sifar penjajahan" tersebut pernah maju ketika era keempat Dinasti Chakri ketika pemerintahan Mongkut dan anaknya Chulalongkorn. Kebijaksanaan pemimpin ini telah berjaya mengelak negara tersebut dari dijajah kuasa barat suatu ketika dahulu.

Namun, pada aku, secara fizikalnya memang Thailand menang, tetapi mentaliti masyarakat di sana ibarat dijajah suatu pemikiran yang tidak seharusnya ada dalam diri manusia. Jika dikaji dari konsep sejarah, pihak barat berjaya menakluk pemikiran masyarakat di Thailand terutama ketika pemerintahan Raja Vajiravudh dan Prajadhipok. (Akibat kelemahan kedua-dua raja tersebut). Korupsi, penggulingan kerajaan, perebutan kuasa bukan lagi satu perkara yang baru di Thailand. Sedihkan? Alhamdulilah kita hidup dalam negara Malaysia yang aman damai.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni tidak ada kena mengena dengan sejarah Thailand mahupun zaman kegemilangannya. Cerita ni terjadi pada tahun 2008 dan yang melaluinya adalah rakan kepada guru aku sendiri. Kisah ini berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas pulang dari bercuti dari Thailand.

Sudah menjadi kebiasaan, selepas puas berjalan, kita akan teringat pula dengan orang yang tertinggal di rumah. Kawan cikgu aku yang ketika itu bersama suaminya berada di salah sebuah lapangan terbang di Thailand tertarik dengan promosi yang ditawarkan oleh sebuah kedai bebas cukai di lapangan terbang tersebut. Biasalah, buy one get one free, tapi barang yang ditawarkan adalah SEKOTAK coklat. Bayangkan dalam satu kotak ada 24 keping coklat, coklat mahal pula tu (Tapi dah tolak cukai, murah la jadinya). Siapa yang tak tertarik kan? Jadi kawan cikgu aku pun belilah coklat tersebut. Suaminya pula ambil satu karton rokok beserta ole-ole lain yang ingin dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Ketika pembayaran, seperti biasa petugas kaunter tu kira dan masukkan barang ke dalam beg plastik termasuklah coklat percuma. Namun, petugas di kaunter tersebut juga memasukkan satu karton lagi rokok dan memasukkan ke dalam plastik tanpa memasukkan harga ke dalam mesin kira-kira tu. Kawan cikgu aku dan suaminya pula menyangka rokok tersebut juga percuma, jadi dia pun tak kisahlah.

Tetapi ketika mereka keluar daripada kedai tersebut, alat pengimbas kecurian di pintu keluar kedai tersebut telah berbunyi menyebabkan keadaan di sekeliling kecoh. Kehadiran orang ramai dan polis lapangan terbang mengusutkan lagi keadaan.

Apa lagi, polis yang tiba tu pun menyiasat kejadian itu dan menuduh kawan cikgu aku dengan suaminya ni mencuri. Walaupun dah diberi penjelasan, polis tersebut masih dan tetap tidak percaya. Petugas kaunter tersebut juga tidak memberi kerjasama yang baik.

Akibatnya, mereka telah dihantar ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Namun, perkara menyedihkan juga terjadi kepada mereka. Mereka dihalang dari membuat laporan sebaliknya mereka diugut akan didakwa di mahkamah. Pihak polis juga telah bersedia untuk membuat laporan tentang "salah laku" mereka dan telah menghubungi pihak bertanggungjawab untuk membuka kes tersebut di mahkamah.

Mereka turut dimaklumkan bahawa prosiding pendakwaan bakal mengambil masa yang agak lama dan mereka perlu dimasukkan ke dalam lokap sementara menunggu perbicaraan. Terduduk kawan cikgu aku dengar khabar buruk itu. Buntu dengan keadaan yang belaku, kawan cikgu aku ni pun tanyalah bagaimana hendak mempercepatkan kes ini dan beliau turut memohon agar kes ini dipindahkan ke Malaysia supaya beliau mudah menjalani sebarang perbicaraan dan hukuman.

Setelah polis-polis tadi berbincang sesama sendiri, mereka setuju untuk membantu kawan cikgu aku ni. Tetapi beliau harus membayar denda atas kesalahan mencuri di negara orang. Konon-konon perlembagaan Thailand la tu. Jumlah dendanya pula bukan sedikit, RM 20,000. Terkejut kawan cikgu aku dan suaminya mendengar jumlah denda tersebut. Mereka pun sudah tiada wang kerana habis dibelanjakan waktu bercuti. Namun, kerana mahu cepat pulang ke tanah air, suami kawan cikgu aku ni telefon keluarga dan rakan-rakan untuk membantu. Hasilnya, hanya RM 13,000 sahaja yang mampu dibantu oleh keluarga dan rakannya.

Hasil perbincangan dengan pihak polis, RM 13,000 itu dipersetujui sebagai "pendahuluan" kepada dendanya. Bakinya harus dijelaskan sebelum perbicaraan dimulakan. Kawan cikgu aku ni pun rasa lega. Hampir 5 jam menunggu untuk wang tersebut diterima (internet banking).

Tapi kelegaan beliau tidak lama. Sejurus selepas menerima wang tunai RM 13,000 tersebut, pihak polis dengan sesuka hati membahagi-bahagikan wang tersebut sesama sendiri diiringi dengan gelak ketawa. Perasaan kawan cikgu aku menjadi bercampur-baur kerana marah dan sedih dengan perlakuan tidak bertamadun polis-polis tersebut. Namun, beliau dan suaminya dibebaskan tanpa mampu berbuat apa-apa.

Berang dengan tindakan polis-polis tersebut. Beliau dan suaminya bertindak melaporkan kes ini di kedutaan Malaysia di Thailand. Namun yang mengejutkan adalah jawapan kedutaan tersebut.

Beliau dan suaminya dimaklumkan bahawa kes ini dilaporkan SETIAP HARI di bahagian laporan kedutaan sehingga pihak kedutaan tidak mampu berbuat apa-apa. Jadi, tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Kawan cikgu aku terpaksa melupakan dan mungkin menghalalkan sahaja wang berjumlah RM 13,000 tersebut dan bekerja keras untuk membayar balik kepada keluarga dan rakan suaminya.

Hakikatnya, larangan kerajaan kita selama ini untuk melawat Thailand bukan sekadar pergolakan yang berlaku di negara tersebut, tetapi ada yang tersiratnya.

Patutlah sepanjang pernah aku merantau, tak pernah terlintas pun hendak melawat Thailand dan sebuah lagi negara jiran kita. Mujurlah kedua-dua negara ini tiada dalam wishlist negara yang nak aku lawat.


Wassalam.




1 ulasan:

AMOI KUSUT berkata...

WTF r..
k0ng aj0 nyew mamat siam..
hahaha..

btw,aq da dgr ctew ny 3 times 0ke!
name ckgu 2 pn mahani..