Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Jumaat, 17 Julai 2009

Hakikat Tingkatan Enam



Salam,


"Tingkatan Enam"

Satu nama yang jika boleh ingin dijauhi oleh semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dari apa yang aku perhatikan, ramai yang menganggap tingkatan enam sebagai membuang masa, sistem pengajaran dan pembelajaran berbentuk sistem terminal yang sukar, skop pembelajaran yang meluas dan pelbagai lagi. Jika ditanya, memang ada benarnya faktor tersebut diguna pakai oleh pelajar lepasan SPM semata-mata ingin "melarikan diri" daripada tingkatan enam.


Sebelum memulakan penulisan, jom kita sama-sama menyelongkar tentang sejarah dan fungsi tingkatan enam. Ia diwujudkan selepas berlaku reformasi pendidikan di negara kita suatu ketika dahulu. Ia diambil oleh lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti awam diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Pertama. Dalam satu penyelidikan oleh universiti terkemuka dunia, ia meletakkan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai peperiksaan yang kedua tersukar didunia selepas peperiksaan A-Levels di UK. Tingkatan Enam juga setaraf dengan pengajian A-Levels. Hal ketara yang menampakkan lagi kesukarannya adalah "Sistem 100% peperiksaan" dan "Sistem Pembelajaran Terminal".


Sistem 100% peperiksaan ini bermaksud sepanjang pembelajaran selama satu setengah tahun itu akan diuji 100% melalui peperiksaan STPM. Berbeza dengan pengajian diperingkat Diploma mahupun asasi di Matrikulasi yang mempunyai markah-markah tambahan yang boleh diperoleh daripada kerja kursus, kehadiran, budi bicara pensyarah dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila tersiar dimuka hadapan akhbar beberapa bulan lepas yang mendakwa seorang pensyarah undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinasihatkan berhenti kerana gagal memberi markah tambahan kepada pelajar-pelajarnya pada peperiksaan akhir undang-undang peringkat diploma. Implikasinya, 4 daripada 115 calon sahaja yang berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut. Tetapi apabila membaca berita ini membuatkan saya terfikir satu perkataan iaitu "kualiti". Sudah tentu persoalan yang timbul adalah tingkat kualiti antara lepasan STPM dan Diploma. Namun, siapalah saya untuk mempersoalkannya. Namun, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meletakkan sistem 70-30 / 80-20 kepada pelajar STPM. Hal ini bermakna kami pelajar STPM juga mempunyai markah tambahan tetapi hanya daripada kerja penyelidikan dan kolokium. Namun, ia hanya akan bermula pada tahun 2012.


Yang kedua adalah Sistem Terminal. Dengan gelaran Pra-universiti, sewajarnya pelajar didedahkan dengan suasana pembelajaran modular di universiti yang berbentuk kuliah dan tutorial kerana pembelajaran di tingkatan enam jauh lebih mendalam jika hendak dibandingkan dengan sistem pembelajaran yang ada sekarang. Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa menghadapi 6 subjek sukar dalam sehari yang mana selang masa antara subjek hanyalah 3-5 minit. Tambahan pula, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak mengeluarkan buku teks khusus untuk silibus STPM sebagai panduan pelajar menghadapi peperiksaan.


Namun, pihak berwajib sudah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pembangunan pelajar tingkatan enam dan hakikatnya, tingkatan enam bukanlah untuk pelajar yang gagal semata-mata. Statusquo tingkatan enam harus dijaga dalam melahirkan golongan masyarakat minda kelas pertama.

2 ulasan:

AMOI KUSUT berkata...

ape yg aku nk cmmt xde kene mengene ngn entry k0 ny..
juz want t0 say

I HATE L0WER 6!!!

irsyad aziz berkata...

hehe..seems like it was a nightmare to u,
sbor jela cz I HATE IT TOO!!