Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Ahad, 26 Julai 2009

Yasmin Ahmad : "The StoryTeller" dalam Kenangan



Salam,


Siapa yang tidak kenal dengan Yasmin Ahmad? Pengarah kreatif yang sering mencetuskan kontroversi dek kerana filem-filemnya yang dianggap bertentangan dengan adat melayu dan adab-adab keagamaan.

Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1958 ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Newcastle University, United Kingdom. Memulakan penglibatan dalam pengiklanan pada tahun 1984 kalau tak silap di syarikat pengiklanan Ogivly & Mather, kemudian menyambung kerjayanya sebagai pengarah kreatif bersama Leo Burnett Kuala Lumpur. Selain aktif membikin filem-filem hebat seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime, beliau juga aktif mengarah iklan-iklan hari perayaan Petronas.

Filem yang diarah oleh beliau berjaya mengangkat martabat dunia perfileman kita di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh filem Sepet yang memenangi Filem Terbaik Asia di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-18 dan Filem Terbaik di Creteil, Perancis. Tidak termasuk filem-filemnya yang lain yang turut pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes, Berlin dan China.

Namun, ternyata Allah S.W.T lebih menyayanginya apabila dia pulang ke rahmatullah pada 25hb Julai 2009, jam 11.25 malam akibat serangan angin ahmar.

Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepadanya dan semoga roh beliau dicucuri rahmat.


0 ulasan: