Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG AFIbest!!

Selasa, 7 Julai 2009

Keunggulan Roger Federer, Kecemerlangan Serena Williams..



Salam,




Kejohanan Tenis Wimbledon edisi 2009 menjadi saksi detik penciptaan rekod dan sejarah dalam arena tenis dunia apabila pemain No. 1 dunia, Roger Federer memenangi gelaran perseorangan lelaki sebanyak enam kali pada tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2009. Kejayaan yang dilakar bertambah manis apabila beliau kini tercatat sebagai pemenang Grand Slam terbanyak bagi kategori lelaki yang sebelum ini dipegang oleh lagenda tenis dunia yang berasal dari Amerika, Pete Sampras.


Beliau yang menewaskan pemain Amerika Syarikat, Andy Roddick dengan kemenangan dramatik 5 set 5-7 7-6 7-6 3-6 16-14 telah menjadikan perlawanan final tersebut adalah perlawanan terbaik sepanjang zaman secara keseluruhan (era terbuka) seiring dengan perlawanan antara Justine Henin dan Anastasia Myskina pada Olimpik 2004. Lebih menarik, beliau berjaya merampas kembali takhta No.1 dunia daripada seteru utamanya Rafael Nadal.


Bagi kategori wanita pula, saingan lebih menarik dengan pertembungan final yang sama dengan tahun lalu. Pertembungan adik beradik Williams adalah pertembungan yang paling aku nanti-nantikan. Ternyata kemenjadian dan keutuhan permainan Serena Williams telah berjaya menundukkan kakaknya, Venus Williams dengan kemenangan yang agak mudah 7-6 6-2.


Keputusan itu telah melengkapkan gelaran Grand Slam Serena yang ke-11. Meskipun agak jauh untuk mengatasi lagenda tenis wanita dunia, Margaret Court Smith dengan 24 gelaran, Serena masih mahu mencuba meskipun pemain lain yang sebaya dengannya berbincang mengenai persaraan (27 tahun,agak tua untuk tenis).




Namun, itulah Serena Williams dan Roger Federer!
















0 ulasan: